Saturday 11 February 2012

saat perkenalan

Assalamualaikum...

03 Oktober 2011
Tarikh saya mula berkenalan dengan Aoki. Perkenalan tanpa sengaja yang membuahkan persahabatan. Kami mula berinteraksi melalui laman sosial di facebook. Bersembang di ruangan private chat dan sometimes kami berkomen di status or gambar.Aoki yang request friend with me first selepas berkenal dengan tak sengaja oleh seorang kawan.Euwwwww...saya masih ingat saat tu.

Sebulan kami cuma bersembang di ruangan chat. Tidak pernah saling bertukar nombor. Kalau tidak online, tidaklah kami bersembang. Aoki juga tidak pernah mengajak saya keluar. Mungkin kesibukan bekerja membataskan waktu. Kami berbual juga cuma pada waktu malam. Kalau siang hari cuma sekejap waktu lunch hours.

Tarikh 28 Oktober 2011 Aoki meminta nombor telefon saya dan waktu itu saya sengaja 'jual mahal' dengan mengubah topik. Berkali-kali Aoki meminta dan akhirnya saya bagi juga. Panggilan pertamanya malam tu saya sengaja tak mahu angkat. Perempuan kena ada ego juga bukan? hehehe...dan panggilan kedua darinya pastilah saya angkat dan kami berbual sekejap dan perbualan itu sepertinya kami dah kenal lama. Kami berborak tanpa segan dan ketawa bagai nak rakkk.Suara Aoki garau ok masa tu sebab dia demam. 

Walaupun Aoki sudah punya nombor saya, tabiatnya tak berubah. Dia tetap lagi senang berborak melalui private chat di facebook. Bila saya tak reply dia akan sms by phone ask me "why tak reply msg kat facebook?takde line ke?" 

Bila dah lama,kami membiasakan diri untuk ber'sms by phone. Biasanya Aoki yang akan sms saya dulu dan baru saya reply. Tika itu saya tak mahu diri menjadi betah untuk ber'sms dengan Aoki. Tak mahu ganggu dia kerja dan bukan sebab saya sombong. Saya ni lain lah kan? kerjanya menternak lemak kat rumah.Bila malam kami berbual telefon. Aoki akan call saya selepas jam 11 malam dan memang time tu tiap-tiap malam saya tunggu call dari Aoki.Hahaha...dah macam orang gila bayang je kan? Bila Aoki lambat call, saya akan call dia dulu and Aoki will said "Ada kerja kejap, nanti saya call balik. Lambat sikit malam ni k?" Hehehe...Ok!

Dulu Aoki pernah cakap "satu hari nanti saya pasti awak akan jatuh cinta pada saya."

saya? time tu memang saya cakap tak. Bukan ego..tapi baru kenal kan. Tapi sekarang...

Saya takut jatuh cinta dengan Aoki .Bagi saya Aoki itu perfect untuk dibandingkan dengan saya.Dia lelaki yang sudah bekerjaya. Punya rupa dan harta. Kawan cakap Aoki sangat menitikberatkan soal penampilan diri seorang perempuan. Tapi saya cuma gadis biasa yang sangat biasa. 

Mungkin saya patut jaga hati untuk jangan terlalu berharap.

No comments: