Friday 14 September 2012

lembaran baru

Assalamualaikum...

Saya sudah lepas memasuki fasa baru dalam hidup. Hidup baru yang dikelilingi kawan kawan baru. Dikelilingi orang yang tidak digemari juga yang baru.

Hidup ini tidak lagi dihiasi wish ''good morning" tiap kali membuka mata. Handphone juga jarang sekali berbunyi. Kalau ada cuma sms dari celcom. Celcom mungkin sudah terjejas keuntungan bulanan mereka. Effect dari aku seorang =,="

Jujurnya aku rindu Aoki. Sangat rindu. Aku mahu mendengar suaranya. Aku mahu melihatnya. Aku rindu mahu bergurau senda dengan dia.

'Bila kau sayangkan seseorang. Lepaskan dia terbang bebas. Kalau dia kembali, itu bermakna dia adalah milik kau. Tapi jika tidak, redha dengan takdir yang dah tercipta untuk kau'.

Itu yang aku buat sekarang. Halang diri aku dari mendekati Aoki. Jarakkan hubungan aku dengan dia sehingga tempiasnya terkena pada semua. Bukan aku sengaja tapi aku tak kuat. Aku terbayangkan Aoki tatkala keluar hangout. Aku rindu akan dia saat itu.

Semalam aku mimpikan Aoki. Jujurnya aku mahu nangis. Tapi tabahlah kau wahai hati.

Aku sudah membuka lembaran baru dalam hidup. Kalau dia terasa akan kehilangan aku pastinya dia takkan teragak-agak untuk menghubungi aku.pastinya akulah insan yang paling gembira di saat itu.