Wednesday 8 February 2012

first !

Ini bukan diari sendirian berhad dan juga laman sesawang berbentuk humor. Entah kenapa blog ini tercipta saya juga tidak mengerti. Mungkin sekadar hamparan luahan rasa yang tak terluah dek bibir dan ditutur dengan lidah. Mungkin!

Ini kisah saya. Kisah mereka yang berada di sekeliling saya.Kisah mereka yang pernah jatuh bangun dengan saya. Kisah teman yang sentiasa ada di sisi saya tiap saat tanpa keluh kesah. Kisah persahabatan yang tercipta dengan jalinan alam dan pastinya kisah mereka yang saya sayang.

Saya tak berharap saya dikenali kerna saya menulis bukan untuk menjadikan saya famous seglamor A'Famosa tetapi saya menulis untuk untuk mereka yang mungkin memahami dan mengalami apa yang pernah saya lalui. Saya mahu berkongsi cerita pada mereka yang sudi, berkongsi rasa kasih dan membuatkan satu jalinan alam tercipta. Dunia maya tanpa sempadan...

selamat kenalan.


salam ziarah.

No comments: