Friday 14 September 2012

lembaran baru

Assalamualaikum...

Saya sudah lepas memasuki fasa baru dalam hidup. Hidup baru yang dikelilingi kawan kawan baru. Dikelilingi orang yang tidak digemari juga yang baru.

Hidup ini tidak lagi dihiasi wish ''good morning" tiap kali membuka mata. Handphone juga jarang sekali berbunyi. Kalau ada cuma sms dari celcom. Celcom mungkin sudah terjejas keuntungan bulanan mereka. Effect dari aku seorang =,="

Jujurnya aku rindu Aoki. Sangat rindu. Aku mahu mendengar suaranya. Aku mahu melihatnya. Aku rindu mahu bergurau senda dengan dia.

'Bila kau sayangkan seseorang. Lepaskan dia terbang bebas. Kalau dia kembali, itu bermakna dia adalah milik kau. Tapi jika tidak, redha dengan takdir yang dah tercipta untuk kau'.

Itu yang aku buat sekarang. Halang diri aku dari mendekati Aoki. Jarakkan hubungan aku dengan dia sehingga tempiasnya terkena pada semua. Bukan aku sengaja tapi aku tak kuat. Aku terbayangkan Aoki tatkala keluar hangout. Aku rindu akan dia saat itu.

Semalam aku mimpikan Aoki. Jujurnya aku mahu nangis. Tapi tabahlah kau wahai hati.

Aku sudah membuka lembaran baru dalam hidup. Kalau dia terasa akan kehilangan aku pastinya dia takkan teragak-agak untuk menghubungi aku.pastinya akulah insan yang paling gembira di saat itu.

Tuesday 7 August 2012

saya yang baru

Assalamualaikum...

Agak lama saya menyepi dari menulis disini. Kesibukan kerja menjadikan saya lupa pada baby yang satu ini. Alhamdulillah... Hari ini sudah masuk 18 ramadhan. Tinggal beberapa detik lagi untuk menyambut Syawal. Sangat pantas masa berlalu. Pejam celik ramadhan bakal meninggalkan kita. Sayu... Masih adakah ramadhan untuk kita lagi selepas ni? 

Saya sudah mula hidup di perantauan. Menjadi anak rantau yang berhijrah mencari rezeki. Tempat kerja baru yang sekaligus sangat berbeza dengan tempat keja lama. Asalnya tidak berapa menyukai tapi sekarang sudah menjadi sebati dalam diri.

Hidup dirantau menjadi saya manusia berjadual. Hahaha...Hari yang dilalaui menjadi satu baris yang sama. Awal pagi keluar ke tempat kerja. Jam 5 menapak pulang, berehat, mandi, solat, menonton tv dan tidur. Saya tidak lagi keluar hangout dengan kengkawan seperti kebiasaan yang saya buat di tempat kerja lama. Hari minggu juga kadangkala dihabiskan masa di tempat kerja. Cuma bila rasa kosong barulah saya mahukan suasana yang baru dikelilingi kawan kawan.

Hari raya bakal menjelang tak lama lagi. Persiapan kamu bagaimana? Ibu call cakap dah tempah 3 helai baju kurung untuk saya. Hehehe...dah besar panjang pun ibu lagi tolong belikan baju raya. Mungkin sudah menjadi kewajipan orang tua yang sentiasa ingat anak anak selagi mereka belum berumahtangga. I love you mom... 

Sekarang saya belum settlekan sandal dan tudung raya. Weekend ni mungkin keluar shopink lagi. Mahu beli baju untuk anak buah.Next week dah nak balik kampung. Heeee...sekejap je kan?

i shud continue my work. Really busy before cuti Hari Raya...Ouchhhh.

Saturday 31 March 2012

sentuhlah hatinya dengan doa

awak,
sekejap awak ada,sekejap awak hilang,
dan sekejap awak datang balik.

awak,
awak tahu tak?
bila awak kembali sayalah manusia yang paling gembira.
sepertinya saya mahu melaung pada satu dunia,
yang awak adalah milik saya.

awak,
saya sayang awak.

Ya tuhan,
hanya pada Engkau aku memohon dan meminta,
jadikanlah dia halal untukku, 
dan moga dia adalah jodohku.
satukanlah kami dengan akad yang sah.
Amin...


p/s: sentuhlah hatinya dengan doa.

Thursday 22 March 2012

Still friend together


Saya berhenti sekejap bercerita tentang Aoki. Bukan kerana hubungan persahabatan kami bermasalah tapi saya sendiri yang mahu menyendiri. Saya mahu waktu untuk sendiri. Mahu waktu untuk mengasihi dan menyayangi diri sendiri agar saya tidak terluka atau kecewa lagi.

Saya dengan Aoki masih baik. Masih bergaduh dan berdebat kasar. Masih menampar dan menyepak kuat. Mulut kami masih lancang berbicara dan adakalanya lagi ganas dari sebelumnya. Hahahaha...Kami masih tidak pernah berhenti meracau jiwa. Seronok dengan cara bergitu kerana kami boleh berbuat dan berbual tentang apa sahaja.

Sekarang saya dan Aoki sangat sibuk dengan kehidupan harian. Dengan kerja yang makin bertimbun dan dengan Aoki yang menyambung pelajaran. Jarang kami dapat contact sesama sendiri. Saya tak mahu bagi Aoki lagi stress dengan keserabutan saya so saya cuba untuk lepas lari. Kadang-kadang je kami berbual panjang itu pun saya dah rasa serba salah. Bimbang menganggu Aoki yang bekerja. Dia sangat workoholic.


Saya mahu rehat. Doakan kebahagian saya.

Amin~

Sunday 12 February 2012

aku yang mungkin masih berharap

Assalamualaikum...


Bila lelaki dan perempuan mula rapat pasti akan ada salah seorang yang terlanjur menyayangi.

Semalam satu kisah tercipta antara saya dan Aoki. Aoki meminta saya untuk letakkan satu jarak antara saya dan dia. Semuanya bermula bila saya cakap yang saya sayang dia dan saya takut ilang dia. Aoki cakap saya tak boleh begitu sebab dia tak punya apa-apa rasa pada saya. Dia tak kisah pun kalau saya kawan atau tidak dengan dia. Dia cakap lagi untuk masa ini dia cuma sayangkan keluarganya. Dan selebihnya dia cakap mungkin dia masih sayangkan bekas kekasihnya dulu. Dan waktu itu saya sedikit redha yang Aoki mungkin tak pernah sayang saya walaupun sekelumit.

Jangan terbiasakan diri bertepuk sebelah tangan!

Aoki cakap lagi dia tahu saya dah mula terlanjur sayang kat dia before hari dia mahu keluar outstation bulan 11 hari tu. Sebab tu bila dia pulang dari sana seakan dia menjauhkan diri dari saya. Saya perasan dia tak lagi contact saya saya seperti sebelumnya dan saya pula yang asyik hubungi dia dan memang selalu tak dapat.Tapi mungkin waktu tu saya masih berusaha untuk buat dia suka saya so saya masih tak putus asa.

Tabahkan la wahai hati.

Pagi tadi saya bermimpi majlis perkahwinan Aoki. Dari jauh saya pandang sebak. Kuatkanlah wahai hati bila saat itu mungkin tiba. Saya mahu Aoki bahagia. Saya mahu orang yang saya sayang bahagia walaupun bukan dengan saya.

Hati saya masih berharap.

Tipu lah kalau saya cakap saya boleh kikis perasan sayang saya pada Aoki serta merta selepas ini. Saya bukan robot yang boleh di pecat cip dan dipasang cip baru. Saya perlukan masa.Dan jauh di sudut hati saya masih berdoa moga Allah bakal melembutkan hati Aoki untuk saya. Dibukakan pintu hatinya untuk saya. Dan disatukan hatinya dan hati saya. Saya mahu menjadi yang halal untuknya. Tapi saya redha jika jodoh kami tiada.

saya sms Aoki pagi ini.

Seperti biasa saya masih menghantar sms pada Aoki setiap pagi. Cuma pagi ini sms bernada berbeza dari hari yang sebelumnya.

"selamat pagi awak. Aoki,dun ask me to keep distance from u n i hope u to bcoz i dun have any reason why we must do that. You are my friend forever. Takde apa-apa yang bakal berubah. Im sure. Have a nice day."



Selepas ini mungkin saya perlahan-lahan akan jauhkan diri dari Aoki tapi tidaklah secara mendadak. Biarlah masa yang tentukan apa yang akan jadi.Saya sayangkan Aoki dan saya patut terima hakikat itu supaya tidak kehilangan seorang kawan yang baik.

"kalau kita sayangkan seseorang biarlah dia bebas berterbangan. Kalau dia jodoh kita pasti akan kembali ke tapak tangan tapi kalau tidak terimalah hakikat yang dia bukan ditakdirkan untuk kita."

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah."

Saturday 11 February 2012

saat perkenalan

Assalamualaikum...

03 Oktober 2011
Tarikh saya mula berkenalan dengan Aoki. Perkenalan tanpa sengaja yang membuahkan persahabatan. Kami mula berinteraksi melalui laman sosial di facebook. Bersembang di ruangan private chat dan sometimes kami berkomen di status or gambar.Aoki yang request friend with me first selepas berkenal dengan tak sengaja oleh seorang kawan.Euwwwww...saya masih ingat saat tu.

Sebulan kami cuma bersembang di ruangan chat. Tidak pernah saling bertukar nombor. Kalau tidak online, tidaklah kami bersembang. Aoki juga tidak pernah mengajak saya keluar. Mungkin kesibukan bekerja membataskan waktu. Kami berbual juga cuma pada waktu malam. Kalau siang hari cuma sekejap waktu lunch hours.

Tarikh 28 Oktober 2011 Aoki meminta nombor telefon saya dan waktu itu saya sengaja 'jual mahal' dengan mengubah topik. Berkali-kali Aoki meminta dan akhirnya saya bagi juga. Panggilan pertamanya malam tu saya sengaja tak mahu angkat. Perempuan kena ada ego juga bukan? hehehe...dan panggilan kedua darinya pastilah saya angkat dan kami berbual sekejap dan perbualan itu sepertinya kami dah kenal lama. Kami berborak tanpa segan dan ketawa bagai nak rakkk.Suara Aoki garau ok masa tu sebab dia demam. 

Walaupun Aoki sudah punya nombor saya, tabiatnya tak berubah. Dia tetap lagi senang berborak melalui private chat di facebook. Bila saya tak reply dia akan sms by phone ask me "why tak reply msg kat facebook?takde line ke?" 

Bila dah lama,kami membiasakan diri untuk ber'sms by phone. Biasanya Aoki yang akan sms saya dulu dan baru saya reply. Tika itu saya tak mahu diri menjadi betah untuk ber'sms dengan Aoki. Tak mahu ganggu dia kerja dan bukan sebab saya sombong. Saya ni lain lah kan? kerjanya menternak lemak kat rumah.Bila malam kami berbual telefon. Aoki akan call saya selepas jam 11 malam dan memang time tu tiap-tiap malam saya tunggu call dari Aoki.Hahaha...dah macam orang gila bayang je kan? Bila Aoki lambat call, saya akan call dia dulu and Aoki will said "Ada kerja kejap, nanti saya call balik. Lambat sikit malam ni k?" Hehehe...Ok!

Dulu Aoki pernah cakap "satu hari nanti saya pasti awak akan jatuh cinta pada saya."

saya? time tu memang saya cakap tak. Bukan ego..tapi baru kenal kan. Tapi sekarang...

Saya takut jatuh cinta dengan Aoki .Bagi saya Aoki itu perfect untuk dibandingkan dengan saya.Dia lelaki yang sudah bekerjaya. Punya rupa dan harta. Kawan cakap Aoki sangat menitikberatkan soal penampilan diri seorang perempuan. Tapi saya cuma gadis biasa yang sangat biasa. 

Mungkin saya patut jaga hati untuk jangan terlalu berharap.

Friday 10 February 2012

cerita

assalamualaikum...

          Saya rasa tak sedap badan dua tiga hari ni. Badan rasa berat dan cepat sangat penat. Kalau dulu berjalan jauh takde la mengah mana tapi sekarang naik tangga opis pun saya rasa penat sangat mengalahkan orang yang kerja despatch yang ke hulu hilir menghantar surat.Mungkin saya patut menelan vitamin tambahan. VCO barangkali. ehhh ehhh...itu vitamin ke?

          Weekend saya cuma lepak di rumah. Bermain dengan anak buah yang makin hari makin membesar. Bawa dia pergi jalan-jalan dan dia sangat berat ok. Dukung sikit pun dah buat saya mengah. Tapi dia sangat rapat dengan saya. Bila nampak saya dari jauh mesti dah senyum nampak gusi. Comel sangat. Kadang-kadang nampak lesung pipit dia yang sangat comel. Olololo...Sepertinya tak sabar mahu ada anak sendiri. Hikhikhik...

          Rasanya entri akan sepi tanpa berbual tentang Aoki. *senyum comel walaupun tak comel* Saya ada telefon dia awal pagi tadi. Sudah agak lama tak berbuat cenggitu tapi pagi tadi rasa rindu mahu dengar suara dia. Kami cakap kejap je sebab he wanna out to breakfast and pergi lawat sites. Itu pun saya berdegil tak mahu letak telefon lagi walaupun beberapa kali Aoki cakap dia nak keluar. Degil kan saya? Aoki juga bilang macam tu. " Manja, gedik, mengada-ngada dan degil". Cukup  Empat pakej seorang perempuan Aoki cakap. Melampau kan? Saya rasa saya tidak manja tapi kadang-kadang itu ada la. Yang lain tu pun sama. Hahahaha... *taknak ngaku*

          SubhanaAllah...

        

Thursday 9 February 2012

taknak kalah

assalamualaikum...

Alarm handset berbunyi saya tekan snooze sampai 10 kali bunyi baru saya bangkit. Itu pun masih duduk cangkung atas katil. Pesek-pesek mata. Masih gelap. Hasrat hati nak je sambung baring tapi bila fikir i am worker dan bekerja dengan orang so cubalah ikhlas kan hati untuk datang awal ke pejabat.

Semalam bersembang dengan Aoki dalam telefon. Banyak kali saya kacau dia semalam. Pagi, tengahari, petang before balik kerja dan malam sebelum nak tidur.Rasa seperti hidup saya tak lengkap tanpa suara dan gelak Aoki.

Sekarang Aoki makin bijak kenakan saya. Seriously otak saya jammed kejap bila Aoki buat lawak yang macam tak lawak. Rasa sakit sangat hati walaupun saya masih boleh bergelak riang. Aoki say " why not u kira lurus bendul u pakai pembaris?" Ohhhh...sangat kejam ok!

Lurus sangat ke? Dulu Aoki kata saya seorang yang careless. Sekarang Aoki bilang saya makin hilang fokus. Sampaikan saya tak perasan saya dipermainkan. Beberapa kali situasi macam ni jadi? ohhhemmjjj 

Saya: Awak tahu semalam saya jatuh basikal.
Aoki: Haaaa???
Saya: Semalam saya jatuh basikal.
Aoki: Haaaaa??apa?
Saya: Semalam saya jatuh basikal laaaaaa.
Aoki: Haaaaaaa??? Hahahahaha....
Saya: Haa??awak kejam ok! ARGHHHHHHHHH

Saya: Awak penat ke layan saya borak?
Aoki: Penat tu apa?
Saya: Penat tu macam bosan.
Aoki: Apakah?
Saya: Awakkkkkkkkkk
Aoki: Haaaaa???
Saya: Jangan kurang ajar sangatlahhh.
Aoki: Siapa?
Saya: Takkan saya pulakk...
Aoki: OOoooo...
Saya: Awakkkkkk...
Aoki: Hahahaha..panas perut saya tahan gelak.
Saya: Taknak caya awak cakap lagi.Hahaha...
Aoki: Ok. Hahahhaaha...

Tapi lain pula bila kemudiannya.

Saya: Hello...
Aoki: Yuppp...nak cakap dengan siapa?
Saya: Tok aji bakhil ada?
Aoki: Dia keluar.
Saya: Pergi mana?
Aoki: Sukahati dia la nak pergi mana pun.
Saya: Awak jangan kuranghajarrr sangat la.
Aoki: Hahahhaa...Biarlah.
Saya: Tampor kang...
Aoki: Haaaa???
Saya: Tampor kang...
Aoki: Apa tu?
Saya: Penampor! Pelempang...
Aoki: Haaaa???
Saya: Awakkkkkkkkkk...
Aoki: Hahahahahha...

Itu la yang selalu jadi walaupun saya berulang kali cakap tak mahu percaya dia lagi kalau dia tanya macam tu. Tapi lepas satu-satu segmen sengal tu tetap akan berulang. Adakah benar yang di dakwa saya seorang pelurus bendul. " Meh amik pembaris ukur lurus awak"- Aoki. Senget!

Dahi saya tiap kali berpeluh bila bercakap dengan Aoki.  kepala yang terlentok elok pada bantal  melompat bangun bila dengan dia cakap takmo kalah dan kaki tangan yang asalnya duduk statik goyang gigil macam gunung berapi bakal meletup dan bersedia untuk sambung lari kuak marothon.

"Tolonglah jangan bercakap kalau teori tu tanpa bukti kukuh".

Saya cakap "orang kulit hitam ni lambat nampak tua. Penenuan dia lambat".
Aoki balas " Kepala hotak awak, mana awak belajar?"
"Buku". Saya dah angkat kepala.
Aoki sampuk lagi " Takde maknya. Cuba awak tengok orang india yang kerja buat jalan. Awak tahu kebanyakkan daripada mereka umur dia berapa? 20an tahu?Blablablaaa...
Saya pasrah. Bukti saya memang tak cukup. 

Saya ambil bantal peluk saya sepak turun katil. Kalaulah itu Aoki. Alangkah indahnya tidur malamku

Wachaaaaaaa~

Wednesday 8 February 2012

first !

Ini bukan diari sendirian berhad dan juga laman sesawang berbentuk humor. Entah kenapa blog ini tercipta saya juga tidak mengerti. Mungkin sekadar hamparan luahan rasa yang tak terluah dek bibir dan ditutur dengan lidah. Mungkin!

Ini kisah saya. Kisah mereka yang berada di sekeliling saya.Kisah mereka yang pernah jatuh bangun dengan saya. Kisah teman yang sentiasa ada di sisi saya tiap saat tanpa keluh kesah. Kisah persahabatan yang tercipta dengan jalinan alam dan pastinya kisah mereka yang saya sayang.

Saya tak berharap saya dikenali kerna saya menulis bukan untuk menjadikan saya famous seglamor A'Famosa tetapi saya menulis untuk untuk mereka yang mungkin memahami dan mengalami apa yang pernah saya lalui. Saya mahu berkongsi cerita pada mereka yang sudi, berkongsi rasa kasih dan membuatkan satu jalinan alam tercipta. Dunia maya tanpa sempadan...

selamat kenalan.


salam ziarah.

Saturday 4 February 2012

Aoki dan saya

Hari ini malas nak celik mata awal. Selalunya walaupun cuti saya masih betah untuk pegang handset dan hantar pesanan sms kat Aoki. Just wish good morning or smile always. Just its then saya akan sambung tidur balik. Tak peduli dah samada Aoki reply or tidak sms yang macam dah imune dengan dia. Kadang-kadang dia reply dan kadang-kadang tidak. Depends pada kesibukan kerja dia hari tu.

Hari ni Aoki cuti juga. Dia balik kampung. So mungkin sekarang dia tengah drive. Saya capai handset dah jam 10.15am.Biasanya Aoki akan tempelek saya kalau saya wish good morning selepas jam 10.He said time tu dah tak sesuai nak wish good morning. Orang yang tak productive je akan wish morning time macam tu. So saya taip "selamat selamat tok aji :D." Just it dan sent.

Selepas 20 minit Aoki reply. You knows apa dia tulis? like this--- "????"
apa korang fikir?hahaha... So i ber'text' kejap dengan Aoki.

"ada kat mana tu?buat apa?"

"tengah raba awek sebelah."

"melampau ok. Awak jangan macam-macam."

"betul la. Habis nak buat apa lagi?"

Sakit hati tak? I tak tahu apa yang i rasa sebenarnya. Jujurnya saya tahu Aoki cuma bergurau tapi rasa sakit hati tu kadang-kadang menerjah. Saya tak cemburu sebab saya tahu dia tipu. Kalau betul tak mungkin dia reply sms saya bukan? 

Bila mata dah betul-betul celik i terus call nombor Aoki and he pick up.

saya: hello...
Aoki: ........ [diam]
Aoki: Hello...hello...nak cakap dengan sapa?
Saya: Nak cakap dengan doktor.
Aoki: Doc takde la. Dia keluar. Call esok ye?
Saya: Jangan melampau sangat la.hahahaha...
Aoki: Hahahahahaha...Baru bangun la tu..
Saya: Dah lama dah bangun. Dah makan dah.
Aoki: Tipu.
Saya: Macam mana awak tahu saya tipu?
Aoki: Sebab suara awak kalau bangun tidur garau sikit.
Saya: Ohhh..terima kasih. Selama ni awak puji suara saya lembutlah kan?
Aoki: Hahahahahhahahaha...

Lebih kurang 40 minit borak saya letak. Itupun beberapa kali saya tanya siapa yang drive. Tak mahu la dia drive sambil borak dengan saya. Bahaya. Yup! saya risau.Dia kawan yang terbaik pernah saya ada. 

Saya lompat pergi tengok tv kat ruang tamu. Detective conan. Yang menarik pula cerita yang diadaptasi dari komik menjadi drama yang bersambung dan pelakonnya adalah pelakon-pelakon yang biasa kita nampak kalau tonton drama jepun.Selepas jam 1 saya masuk bila ambil towel mahu mandi dan sempat check phone. 2 sms dari Aoki.

"Abis nak raba apa?" Ni message dia reply yang saya cakap raba la benda lain.

"Best...lembutnya.Hahahhahaa..." Ni sms memang sengaja nak sakitkan hati. 

Saya tekan text mahu reply dan tak sempat sent Aoki call.

Saya: Awak jangan nak melampau. Saya tampor kang.
Aoki: Hahahahhaa...apa?tak faham. Hahahaha...
Saya: Awak kat mana ni?
Aoki: Kat bilik. Lenguhnya pinggang.
Saya: Awak jangan macam-macam. Orang kata kalau lelaki sakit pinggang dia...
Aoki: Apa? Hahahaha...
Saya: Dia baru lepas...mana awek awak bawak tadi?
Aoki: Dia mandi.
Saya: Haaaaaaaa???
Aoki: ...........
 *sya...meh sini meh* dia cakap dengan seseorang yang lain dan saya dengar suara kanak-kanak.ohmmmmejjj..dia ni kan. Saya gelak sendiri dan saya dengar Aoki gelak sama-sama lepas tu.

Saya: Awak dah sampai kampung?
Aoki: 30 minit tadi. Nak tido dah ni.
Saya: Ok...
Aoki: Maa saya panggil ajak makan.lapar ni.
Saya: Hehehe..pergi la makan.kesian awak. Malam kang nak kacau boleh?
Aoki: Tak boleh.
Saya: Alaaaa...janganlah sombong sangat.
Aoki: Biarlah nak sombong pun.
Saya: Hahahahaha..g la makan
Aoki: Ok. Assalamualaikum.
Saya: Waalaikummussalam...

Kami cuma kawan rapat. Saya sayang dia. :D

Monday 30 January 2012

hamdam


Tangan atas meja, jari pegang pen lantas mencorokkan satu satu huruf dan tiba-tiba saya stop menulis. Kepala dongak ke atas dan pandang kawan disebelah.

"M"

Saya senyum dan sambung menulis. "HAMDAN"

Sungguh.Saya bermasalah mengeja nama seorang bapa sejak berusia 18 tahun.macam gampang bukan?patut ke saya padam result bahasa melayu A1 tu dan ambik spm sistem terbuka semula?


-___-!