Sunday 12 February 2012

aku yang mungkin masih berharap

Assalamualaikum...


Bila lelaki dan perempuan mula rapat pasti akan ada salah seorang yang terlanjur menyayangi.

Semalam satu kisah tercipta antara saya dan Aoki. Aoki meminta saya untuk letakkan satu jarak antara saya dan dia. Semuanya bermula bila saya cakap yang saya sayang dia dan saya takut ilang dia. Aoki cakap saya tak boleh begitu sebab dia tak punya apa-apa rasa pada saya. Dia tak kisah pun kalau saya kawan atau tidak dengan dia. Dia cakap lagi untuk masa ini dia cuma sayangkan keluarganya. Dan selebihnya dia cakap mungkin dia masih sayangkan bekas kekasihnya dulu. Dan waktu itu saya sedikit redha yang Aoki mungkin tak pernah sayang saya walaupun sekelumit.

Jangan terbiasakan diri bertepuk sebelah tangan!

Aoki cakap lagi dia tahu saya dah mula terlanjur sayang kat dia before hari dia mahu keluar outstation bulan 11 hari tu. Sebab tu bila dia pulang dari sana seakan dia menjauhkan diri dari saya. Saya perasan dia tak lagi contact saya saya seperti sebelumnya dan saya pula yang asyik hubungi dia dan memang selalu tak dapat.Tapi mungkin waktu tu saya masih berusaha untuk buat dia suka saya so saya masih tak putus asa.

Tabahkan la wahai hati.

Pagi tadi saya bermimpi majlis perkahwinan Aoki. Dari jauh saya pandang sebak. Kuatkanlah wahai hati bila saat itu mungkin tiba. Saya mahu Aoki bahagia. Saya mahu orang yang saya sayang bahagia walaupun bukan dengan saya.

Hati saya masih berharap.

Tipu lah kalau saya cakap saya boleh kikis perasan sayang saya pada Aoki serta merta selepas ini. Saya bukan robot yang boleh di pecat cip dan dipasang cip baru. Saya perlukan masa.Dan jauh di sudut hati saya masih berdoa moga Allah bakal melembutkan hati Aoki untuk saya. Dibukakan pintu hatinya untuk saya. Dan disatukan hatinya dan hati saya. Saya mahu menjadi yang halal untuknya. Tapi saya redha jika jodoh kami tiada.

saya sms Aoki pagi ini.

Seperti biasa saya masih menghantar sms pada Aoki setiap pagi. Cuma pagi ini sms bernada berbeza dari hari yang sebelumnya.

"selamat pagi awak. Aoki,dun ask me to keep distance from u n i hope u to bcoz i dun have any reason why we must do that. You are my friend forever. Takde apa-apa yang bakal berubah. Im sure. Have a nice day."



Selepas ini mungkin saya perlahan-lahan akan jauhkan diri dari Aoki tapi tidaklah secara mendadak. Biarlah masa yang tentukan apa yang akan jadi.Saya sayangkan Aoki dan saya patut terima hakikat itu supaya tidak kehilangan seorang kawan yang baik.

"kalau kita sayangkan seseorang biarlah dia bebas berterbangan. Kalau dia jodoh kita pasti akan kembali ke tapak tangan tapi kalau tidak terimalah hakikat yang dia bukan ditakdirkan untuk kita."

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah."

4 comments:

ErnieFaizal Siti said...

biasanya akan berlaku begitu especially dalm hubungan teman tapi mesra..persoalannya, rasa sayang yang terbit itu mungkin membawa hubungan ke stage seterusnya atau mungkin akan berakhir begitu sahaja..

selamat beristirehat di hujung minggu ya :)

manusia beku said...

terima kasih kawan...







harapnya tak akan berakhir di situ sahaja. Moga masih kekal menjadi teman walaupun biasa.

Amin

Sunah Sakura said...

kalau sayangkan seseorang, bebaskan dia...

pertama kali dengar ayat tu setahun yang lepas... :)

manusia beku said...

hehehe... :)
sentiasa dengar tapi hati tak mahu melepaskan. takut dia takkan kembali.







tapi sekarang mula belajar utk redha.