Tuesday 7 August 2012

saya yang baru

Assalamualaikum...

Agak lama saya menyepi dari menulis disini. Kesibukan kerja menjadikan saya lupa pada baby yang satu ini. Alhamdulillah... Hari ini sudah masuk 18 ramadhan. Tinggal beberapa detik lagi untuk menyambut Syawal. Sangat pantas masa berlalu. Pejam celik ramadhan bakal meninggalkan kita. Sayu... Masih adakah ramadhan untuk kita lagi selepas ni? 

Saya sudah mula hidup di perantauan. Menjadi anak rantau yang berhijrah mencari rezeki. Tempat kerja baru yang sekaligus sangat berbeza dengan tempat keja lama. Asalnya tidak berapa menyukai tapi sekarang sudah menjadi sebati dalam diri.

Hidup dirantau menjadi saya manusia berjadual. Hahaha...Hari yang dilalaui menjadi satu baris yang sama. Awal pagi keluar ke tempat kerja. Jam 5 menapak pulang, berehat, mandi, solat, menonton tv dan tidur. Saya tidak lagi keluar hangout dengan kengkawan seperti kebiasaan yang saya buat di tempat kerja lama. Hari minggu juga kadangkala dihabiskan masa di tempat kerja. Cuma bila rasa kosong barulah saya mahukan suasana yang baru dikelilingi kawan kawan.

Hari raya bakal menjelang tak lama lagi. Persiapan kamu bagaimana? Ibu call cakap dah tempah 3 helai baju kurung untuk saya. Hehehe...dah besar panjang pun ibu lagi tolong belikan baju raya. Mungkin sudah menjadi kewajipan orang tua yang sentiasa ingat anak anak selagi mereka belum berumahtangga. I love you mom... 

Sekarang saya belum settlekan sandal dan tudung raya. Weekend ni mungkin keluar shopink lagi. Mahu beli baju untuk anak buah.Next week dah nak balik kampung. Heeee...sekejap je kan?

i shud continue my work. Really busy before cuti Hari Raya...Ouchhhh.