Saturday 31 March 2012

sentuhlah hatinya dengan doa

awak,
sekejap awak ada,sekejap awak hilang,
dan sekejap awak datang balik.

awak,
awak tahu tak?
bila awak kembali sayalah manusia yang paling gembira.
sepertinya saya mahu melaung pada satu dunia,
yang awak adalah milik saya.

awak,
saya sayang awak.

Ya tuhan,
hanya pada Engkau aku memohon dan meminta,
jadikanlah dia halal untukku, 
dan moga dia adalah jodohku.
satukanlah kami dengan akad yang sah.
Amin...


p/s: sentuhlah hatinya dengan doa.

Thursday 22 March 2012

Still friend together


Saya berhenti sekejap bercerita tentang Aoki. Bukan kerana hubungan persahabatan kami bermasalah tapi saya sendiri yang mahu menyendiri. Saya mahu waktu untuk sendiri. Mahu waktu untuk mengasihi dan menyayangi diri sendiri agar saya tidak terluka atau kecewa lagi.

Saya dengan Aoki masih baik. Masih bergaduh dan berdebat kasar. Masih menampar dan menyepak kuat. Mulut kami masih lancang berbicara dan adakalanya lagi ganas dari sebelumnya. Hahahaha...Kami masih tidak pernah berhenti meracau jiwa. Seronok dengan cara bergitu kerana kami boleh berbuat dan berbual tentang apa sahaja.

Sekarang saya dan Aoki sangat sibuk dengan kehidupan harian. Dengan kerja yang makin bertimbun dan dengan Aoki yang menyambung pelajaran. Jarang kami dapat contact sesama sendiri. Saya tak mahu bagi Aoki lagi stress dengan keserabutan saya so saya cuba untuk lepas lari. Kadang-kadang je kami berbual panjang itu pun saya dah rasa serba salah. Bimbang menganggu Aoki yang bekerja. Dia sangat workoholic.


Saya mahu rehat. Doakan kebahagian saya.

Amin~